Palestin Bermandat
Palestin Bermandat

Palestin Bermandat

Palestin Bermandat[lower-alpha 1][2] ialah sebuah entiti geopolitk yang ditubuhkan antara 1920 dan 1948 di wilayah Palestin di bawah terma Mandat Liga Bangsa untuk Palestin.Semasa Perang Dunia Pertama (1914–1918), berlaku kebangkitan Arab menentang pemerintahan Uthmaniyah dan Pasukan Ekspedisi Mesir milik Empayar British telah mengalahkan orang Turki Uthmaniyah daripada tanah Syam.[3] United Kingdom telah bersetuju dalam surat-menyurat McMahon–Hussein bahawa mereka akan menganugerahkan kemerdekaan Arab sekiranya orang Arab memberontak menentang Turki Uthmaniyah, tetapi pada akhirnya, United Kingdom dan Perancis membahagikan kawasan tersebut di bawah Perjanjian Sykes-Picot — sebuah tindakan pengkhianatan pada mata orang Arab.Perkara selanjutnya yang merumitkan keadaan ialah Perisytiharan Balfour 1917, yang mana British berjanji mereka menyokong penubuhan sebuah negara rumah Yahudi di Palestin. Pada akhir perang, British dan Perancis membentuk sebuah kerjasama Pentadbiran Wilayah Musuh Yang Diduduki yang terletak di Syria Uthmaniyah. British menerima kesahan dengan memperoleh sebuah mandat daripada Liga Bangsa pada Jun 1922. Salah satu matlamat sistem mandat Liga Bangsa ialah untuk mentadbir kawasan dari Empayar Uthmaniyah yang tidak lagi berfungsi "sehingga cukup masa untuk mereka boleh berdiri sendiri".[4]Semasa mandat tersebut berkuat kuasa, kawasan ini menyaksikan gelombang penghijrahan Yahudi dan kebangkitan gerakan kebangsaan di kedua-dua masyarakat Arab dan Yahudi. Persaingan kedua-dua golongan penduduk ini membawa kepada pemberontakan Arab di Palestin 1936–1939 dan pemberontakan Yahudi di Palestin 1944–1948. Pelan Pembahagian Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu untuk Palestin untuk memisahkan wilayah tersebut kepada dua negara, satu untuk Arab dan satu untuk Yahudi, diluluskan pada November 1947. Perang Palestin 1948 berakhir dengan wilayah Palestin Bermandat dibahagikan kepada Negara Israel, Kerajaan Hasyimiah Jordan yang mengilhak wilayah Tebing Barat di Sungai Jordan, dan Kerajaan Mesir, yang menubuhkan "Negara Naungan Seluruh Palestin" di Genting Gaza.

Palestin Bermandat

Status Mandat Liga Bangsa
• Mandat diperoleh 25 April 1920
Pesuruhjaya Tinggi  
Era Sejarah
Agama Islam, Yahudi, Kristian, Baháí, Druze
Ibu negara Baitulmuqaddis
• Badan berparlimen bagi masyarakat Islam Majlis Islam Tertinggi
Kod ISO 3166 PS
• Perisytiharan Penubuhan Negara Israel 14 Mei 1948
Sekarang sebahagian dari Israel
Palestin
• 1945–1948 (terakhir) Alan Cunningham
Mata wang Paun Mesir
(sehingga 1927)
Paun Palestin
(dari 1927)
• Badan berparlimen bagi masyarakat Yahudi Dewan Perwakilan
Badan perundangan
• Jumlah 25,585.3 km2 (9,878.5 bt2)[1]
Bahasa yang umum digunakan Inggeris, Arab, Ibrani
• 1920–1925 (pertama) Herbert Samuel
• Britain dikira mengawal secara rasmi 29 September 1923

Rujukan

WikiPedia: Palestin Bermandat https://www.nli.org.il/en/books/NNL_ALEPH002249756... https://web.archive.org/web/20131125014738/http://... https://unispal.un.org/UNISPAL.NSF/0/2FCA2C68106F1... http://avalon.law.yale.edu/20th_century/leagcov.as... https://web.archive.org/web/20110726080156/http://... https://books.google.com/books?id=GVaG4WGKj9MC https://books.google.com/books?id=8Teb4dKHQcoC https://books.google.com/books?id=jC9MbKNh8GUC https://books.google.com/books?id=ekQOAAAAQAAJ https://books.google.com/books?id=Wn6gAAAAMAAJ